Sunday, 28 December 2014

Jasad Insan Roh Jembalang i

Kawan sampai mati kemana janji?
Kalam berbuih-buih tapi serapah jampi
Realiti tak beridentiti
Ahad malaikat isnin insan a'di
Layar kau patah tapi kau lupa diri
Mata kedepan hidung angkuh ke langit
Bocor kecil insani berlari kau tutupi
Kapal kau karam masih lena kendiri
Sekadar memerhati aku bersangka suci
Sentuhan maya mimpi kau dilantik wali

Tinggalku bersendiri
Bercanda dengan puisi
Melodiku tali
Tapi makan hati
DAKTIL pena masih berahi melirik
Mawar duri berguni ku sisip
Panah bermata hati
Keramat sang wali suci.

No comments:

Post a Comment